Thursday, March 12, 2015

Nama Ahli Kumpulan

1. Nur Shafiqah Suliana Bt Mohd Kamarul Taufik (19DPM14F2057)
#sepet
2. Nur Sarah Annisa bt. Zainuddin (19DPM14F2106)
#sara
3. Nur Shafiqa Bt Yahya ( 19DPM14F2069)
#eka
4. Tuan Arina Diyani Bt Tuan Ibrahim (19DPM14F2063)
#yanie

Monday, March 9, 2015

KEWARGANEGARAAN

MAKSUD
  • Konsep Kewarganegaraan Dikatakan Telah Wujud Dinegara Barat Seperti Perancis Dan Amerika Syarikat Sejak Abad 18
  • Kewarganegaraan Biasanya Diertikan Sebagai Ketaatan Yang Diberikan Kepada Suatu Wilayah,Bandar,Negeri Atau Negara Dan Sanggup Menerima Segala Tugas Dan Tanggungjawab
KEWARGANEGARAAN SECARA PENDAFTARAN

SYARAT KELAYAKAN
Isteri Dan Anak Kewarganegaraan
  • Masih Berkahwin Dengan Kewarganegaraan Bermula Pada Bulan Oktober 1962
  • Bermastautin Di Persekutuan Selama 2tahun Sebelum Permojonan Dan Berniat Untuk Terus Bermastautin Di Persekutuan
  • Berkelakuan Baik
Seseorang Yang Berumur 21 Kurang Daripada 21 Tahun
  • Didaftar Oleh Ibubapa Atau Penjaga Jika Salah Satu Pihak Tersebut Merupakan Warganegara
  • Dilahirkan Sebelum Bulan Oktober 1962
Seseorang Yang Berumur 18tahun Atau Lebih Dan Dilahirkan Di Persekutuan Sebelum Hari Merdeka
  • Membuktikan Pemastautin Di Persekutuan Selama 5 Daripada Tujuh Tahun Sebelum Permohonan
  • Berniat Menjadi Pemastautin Tetap Persekutuan
  • Memiliki Pengetahuan Bahasa Melayu Mudah
  • Berkelakuan Baik
Seseorang Yang Berumur 18tahun Dan Bermastautin Disabah Dan Sarawak Pada Hari Malaysia
  • Bermastautin Di Persekutuan Malaysia Sebelum Hari Malaysia
  • Selepas Hari Malaysia,Bermastautin Di Persekutuan Selama Tujuh Daripada 10tahun Sebelum Permohonan

KEHILANGAN KEWARGANEGARAAN

  • SEORANG WARGANEGARA BOLEH KEHILANGAN KEWARGANEGARAANNYA MELALUI DUA CARA IAITU :
  1. INDIVIDU TERSEBUT MENOLAK KEWARGANEGARAANNYA.
  2. KERAJAAN NEGARA TERSEBUT MELUCUTKAN KEWARGANEGARAAN INDIVIDU TERSEBUT ATAS SEBAB-SEBAB YANG BERIKUT :
  1. SESEORANG INDIVIDU TELAH MENJADI WARGANEGARA ASING.
  2. SESEORANG WARGANEGARA MEMBUKTIKAN DIA TIDAK SETIA MELALUI PERCAKAPAN ATAU TINDAKANNYA.
  3. SESEORANG WARGANEGARA INDIVIDU TELAH MENDERHAKA TERHADAP KERAJAAN SEMASA PERPERANGAN DENGAN BERNIAGA ATAU BERHUBUNG SERTA MENJALANKAN URUSAN DENGAN MUSUH NEGARA.
  4. SESEORANG WARGANEGARA YANG TELAH MEMPEROLEH KEWARGANEGARAAN SECARA PENDAFTARAN TELAH DIHUKUM PENJARA TIDAK LEBIH DARI 12 BULAN ATAU DIDENDA TIDAK KURANG DARI RM5,000 TANPA PENGAMPUNAN BAGI KESALAHANNYA.
  5. SESEORANG WARGANEGARA YANG BERMASTAUTIN DI NEGAR ASING MELEBIHI LIMA TAHUN SECARA BERTERUSAN TANPA MENDAFTAR DIRI DI PEJABAT KONSUL PERSEKUTUAN.

PROSEDUR PERLUCUTAN KEWARGANEGARAAN

PROSES ATAU PROSEDUR PERLUCUTAN KEWARGANEGARAAN SESEORANG INDIVIDU ADALAH SEPERTI DALAM RAJAH BERIKUT
  • DIBERITAHU SECARA BERTULIS DENGAN ALASAN KEPADA INDIVIDU YANG DIKENAKAN PERINTAH PERLUCUTAN
  • INDIVIDU BERKENAAN MERUJUK KESNYA KEPADA SEBUAH JAWATANKUASA SIASATAN
  • KERAJAAN MENERUSI LAPORAN DARIPADA JAWATANKUASA SIASATAN MENENTUKAN SAMA ADA SESEORANG AKAN DILUCUTKAN KEWARGANEGARAANNYA ATAU TIDAK

Pelucutan kewarganegaraan kerana memperoleh atau menggunakan kewarganegaraan asing, dsb.

(1) Jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa mana-mana warganegara telah memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara di luar Persekutuan melalui pendaftaran, penaturalisasian atau perbuatan sukarela dan formal yang lain (selain perkahwinan), maka Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan orang itu.

(2) Jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa mana-mana warganegara telah menuntut dan menggunakan dengan sukarela di mana-mana negara di luar Persekutuan apa-apa hak yang terdapat untuknya di bawah undang-undang negara itu, iaitu hak-hak yang diberikan secara khusus kepada warganegara negara itu, maka Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan orang itu.

(3) (Dimansuhkan).

(3A) Tanpa menjejaskan keluasan Fasal (2), penggunaan hak undi dalam mana-mana pemilihan politik di sesuatu tempat di luar Persekutuan hendaklah disifatkan sebagai penuntutan dan penggunaan yang sukarela suatu hak yang terdapat di bawah undang-undang tempat itu; dan bagi maksud Fasal (2), seseorang yang, selepas tarikh yang ditetapkan* oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah bagi maksud Fasal ini--

(a) memohon kepada pihak berkuasa sesuatu tempat di luar Persekutuan supaya pasport dikeluarkan atau dibaharui; atau

(b) menggunakan pasport yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa itu sebagai dokumen perjalanan,

hendaklah disifatkan dengan sukarela menuntut dan menggunakan suatu hak yang terdapat di bawah undang-undang tempat itu, iaitu suatu hak yang diberikan secara khusus kepada warganegara tempat itu.

(4) Jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa mana-mana perempuan yang menjadi warganegara melalui pendaftaran di bawah Fasal (1) Perkara 15 telah memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara di luar Persekutuan oleh sebab perkahwinannya dengan seseorang yang bukan warganegara, maka Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan perempuan itu.

Pelucutan kewarganegaraan melalui pendaftaran di bawah Perkara 16A atau 17 atau melalui penaturalisasian.

(1) Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan mana-mana orang yang menjadi warganegara melalui pendaftaran di bawah Perkara 16A atau 17 atau yang menjadi warganegara melalui penaturalisasian jika berpuas hati--
(a) bahawa orang itu telah menunjukkan dirinya melalui perbuatan atau percakapan sebagai tidak taat atau tidak setia kepada Persekutuan;

(b) bahawa orang itu, dalam masa apa-apa peperangan yang dalamnya Persekutuan sedang atau telah terlibat, telah dengan menyalahi undang-undang berdagang dengan atau menghubungi musuh atau melibatkan diri atau menjadi sekutu dalam apa-apa perniagaan yang pada pengetahuannya telah dijalankan mengikut apa-apa cara sehingga dapat membantu musuh dalam peperangan itu; atau

(c) bahawa orang itu, dalam tempoh lima tahun mulai dari tarikh pendaftaran atau dari tarikh perakuan diberikan, telah dihukum dengan pemenjaraan di mana-mana negara selama tempoh tidak kurang daripada dua belas bulan atau denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit atau yang senilai dengannya dalam mata wang negara itu, dan telah tidak mendapat pengampunan bebas berkenaan dengan kesalahan yang kerananya dia telah dihukum sedemikian.

(1A) Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan mana-mana orang yang menjadi warganegara melalui pendaftaran di bawah Perkara 16A atau 17 atau yang menjadi warganegara melalui penaturalisasian jika berpuas hati bahawa orang itu, tanpa kelulusan Kerajaan Persekutuan, telah menerima, berkhidmat dalam, atau melaksanakan tugas apa-apa jawatan, perjawatan atau pekerjaan di bawah Kerajaan mana-mana negara di luar Persekutuan atau mana-mana subbahagian politiknya, atau di bawah mana-mana agensi Kerajaan itu, dalam apa-apa hal jika suatu sumpah, ikrar atau akuan setia dikehendaki berkenaan dengan jawatan, perjawatan atau pekerjaan itu:

Dengan syarat bahawa seseorang tidaklah boleh dilucutkan kewarganegaraannya di bawah Fasal ini oleh sebab apa-apa jua yang dilakukan olehnya sebelum permulaan bulan Oktober 1962, berhubung dengan suatu negara asing, dan sebelum permulaan bulan Januari 1977, berhubung dengan suatu negara Komanwel, walaupun pada masa itu dia telah menjadi seorang warganegara.

(2) Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan mana-mana orang yang menjadi warganegara melalui pendaftaran di bawah Perkara 16A atau 17 atau yang menjadi warganegara melalui penaturalisasian jika berpuas hati bahawa orang itu biasanya bermastautin di negara-negara di luar Persekutuan bagi tempoh terus-menerus selama lima tahun dan dalam tempoh itu orang itu--

(a) tidak pernah pada bila-bila masa berada dalam perkhidmatan Persekutuan atau dalam perkhidmatan sesuatu organisasi antarabangsa yang dianggotai oleh Kerajaan Persekutuan; dan juga

(b) tidak mendaftarkan tiap-tiap tahun di konsulat Persekutuan niatnya hendak mengekalkan kewarganegaraannya:

Dengan syarat bahawa Fasal ini tidaklah terpakai bagi apa-apa tempoh kemastautinan di mana-mana negara Komanwel sebelum permulaan bulan Januari 1977.

(3) (Dimansuhkan).

Pelucutan kewarganegaraan anak orang yang hilang kewarganegaraannya.

Jika seseorang telah melepaskan kewarganegaraannya atau telah dilucutkan kewarganegaraannya di bawah Fasal (1) Perkara 24 atau perenggan (a) Fasal (1) Perkara 26, maka Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan mana-mana anak orang itu yang di bawah umur dua puluh satu tahun yang telah didaftarkan sebagai warganegara menurut Perlembagaan ini dan telah didaftarkan sedemikian sebagai anak orang itu atau anak isteri atau anak suami orang itu.

Pelucutan kewarganegaraan orang yang menjadi warganegara pada Hari Malaysia

(1) (Dimansuhkan).
(2) Bagi maksud Perkara 24, 25, 26 dan 26A seseorang yang pada Hari Malaysia menjadi warganegara melalui kuat kuasa undang-undang kerana sebaik sebelum hari itu dia mempunyai taraf warganegara United Kingdom dan Tanah-Tanah Jajahan hendaklah dikira--
(a) sebagai warganegara melalui pendaftaran jika dia memperoleh taraf itu melalui pendaftaran; dan
(b) sebagai warganegara melalui penaturalisasian jika dia memperoleh taraf itu melalui atau berikutan dengan penaturalisasian,
dan sebutan dalam Perkara itu mengenai pendaftaran atau penaturalisasian seseorang warganegara hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.
(3) Jika di bawah Perkara ini seseorang perempuan hendaklah dikira sebagai warganegara melalui pendaftaran, dan taraf yang berikutan dengannya dia hendaklah dikira sedemikian telah diperolehnya oleh sebab perkahwinan, maka bagi maksud Fasal (4) Perkara 24 dan Fasal (2) Perkara 26 dia hendaklah dikira sebagai warganegara melalui pendaftaran di bawah Fasal (1) Perkara 15.
(4) Jika di bawah Perkara ini seseorang yang dilahirkan sebelum Hari Malaysia hendaklah dikira sebagai warganegara melalui pendaftaran oleh sebab hubungan dengan Negeri Sabah atau Sarawak dan dia tidak dilahirkan di wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah dan Sarawak, maka Perkara 25 hendaklah terpakai baginya seolah-olah dia ialah seorang warganegara melalui pendaftaran di bawah Perkara 16A atau 17.
(5) Walaupun di bawah Perkara ini seseorang hendaklah dikira sebagai warganegara melalui penaturalisasian, dia tidaklah boleh dilucutkan kewarganegaraannya di bawah Perkara 25 jika dia dilahirkan sebelum Hari Malaysia di wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah dan Sarawak, dan dia hendaklah dikira sedemikian oleh sebab taraf yang diperoleh melalui atau berikutan dengan penaturalisasian di wilayah-wilayah itu.
(6) Tanpa menjejaskan Fasal-Fasal yang terdahulu, jika pada Hari Malaysia seseorang menjadi warganegara melalui kuat kuasa undang-undang oleh sebab apa-apa taraf yang dimilikinya sebaik sebelum hari itu, tetapi taraf itu boleh dilucutkan daripadanya di bawah undang-undang yang berhubungan dengan pelucutan itu berkenaan dengan perkara-perkara yang dilakukan sebelum hari itu, maka Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraannya, jika prosiding bagi maksud itu dimulakan sebelum bulan September 1965; tetapi Fasal (2) Perkara 26B dan, tertakluk kepada Fasal (7), Perkara 27 hendaklah terpakai bagi perintah di bawah Fasal ini sebagaimana Fasal-Fasal itu terpakai bagi perintah di bawah Perkara 25.
(7) Jika seseorang boleh dilucutkan kewarganegaraannya di bawah Fasal (6) dan prosiding telah dimulakan sebelum Hari Malaysia untuk melucutkan taraf yang disebabkan olehnya dia memperoleh kewarganegaraannya, maka prosiding itu hendaklah dikira sebagai prosiding untuk melucutkan kewarganegaraannya di bawah Fasal itu, dan hendaklah diteruskan sebagai yang demikian; tetapi prosiding itu hendaklah diteruskan mengikut undang-undang yang berhubungan dengan taraf itu sebaik sebalum Hari Malaysia, dan fungsi Kerajaan Persekutuan berhubung dengannya hendaklah diwakilkan kepada mana-mana pihak berkuasa Negeri yang berkenaan sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan.
Kementerian Dalam Negeri bertanggungjawab dalam menentukan dan memastikan taraf kewarganegaraan dianugerahkan kepada mereka yang benar-benar layak dan berhak menerima taraf tersebut agar mereka yang menerima taraf kewarganegaraan Malaysia tidak menjejaskan keselamatan, keharmonian, perpaduan dan ketenteraman awam serta negara.
"Taraf Kewarganegaraan Malaysia adalah merupakan satu anugerah tertinggi yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada orang asing."
Cara Memohon Kewarganegaraan
Semua permohonan taraf kewarganegaraan hendaklah dikemukakan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Hanya mereka yang memenuhi syarat seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan (Bahagian III) yang dibenarkan memohon.
Borang permohonan boleh diperolehi dan diserahkan di mana-mana Jabatan Pendaftaran Negara.
Bagi permohonan di bawah Perkara 16 dan 19, pemohon disyaratkan menduduki ujian Bahasa yang dikendalikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Asas-asas pertimbangan bagi permohonan kewarganegaraan :
Berkelakuan baik dan tiada rekod jenayah.
Menetap dalam tempoh yang lama.
Mempunyai komitmen yang tinggi dan telah berakar umbi di negara ini.
Memahami bahasa, budaya dan memenuhi kehendak Negara.
Menyumbang kepada masyarakat dan Negara.
Taat dan setia kepada Negara.
Sebab-Sebab Permohonan Warganegara Mengambil Masa
Setiap permohonan akan dikaji dengan teliti.
Setiap permohonan akan menjalani proses Tapisan Keselamatan oleh pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia).
Untuk memastikan setiap permohonan adalah tulen.
Kehilangan Taraf Kewarganegaraan
Setiap warganegara Malaysia boleh kehilangan taraf kewarganegaraan disebabkan oleh dua keadaan seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan iaitu melalui cara Tolakan (Perkara 23 Perlembagaan Persekutuan) dan Perlucutan Taraf Kewarganegaraan (Perkara 24 Perlembagaan Persekutuan).
Proses Memperoleh Semula Taraf Kewarganegaraan Bagi Mereka Yang Telah Dilucut Atau Menolak Kewarganegaraan Malaysia
Bagi mereka yang telah dilucutkan atau menolak kewarganegaraan Malaysia perlu mendapatkan kelulusan Kerajaan Persekutuan (Perkara 18(2) Perlembagaan Persekutuan) sebelum boleh didaftarkan semula sebagai warganegara.
Borang permohonan boleh didapati di Kementerian Dalam Negeri.
Pemohon mestilah terlebih dahulu memegang Permit Masuk dan taraf Pemastautin Tetap (PR) untuk layak memohon. Bagi mereka yang telah dilucutkan atau menolak kewarganegaraan Malaysia yang masih belum memegang taraf Pemastautin Tetap (PR) bolehlah mengemukakan permohonan taraf Pemastautin Tetap (PR) di Jabatan Imigresen Malaysia melalui permohonan Permit Masuk.

LAMPIRAN




  • PASSPORT
  • Amat Penting Jika Hendak Keluar Negara.
  • Untuk Membezakan Warga Asing Dan Warganegara

  • KAD PENGENALAN DIRI 
  • Setiap Warganegara Malaysia Mempunyai Kad Pengenalan Diri. 
  • Perlu Ada Setiap Masa Jika Hendak Pergi Kemana Sahaja.


KESIMPULAN

Kesimpulannya kita haruslah menjaga etika dan tingkah laku agar tidak dilucutkan kewarganegaraan. Kami berharap agar negara kita sentiasa adil dan sentiasa pentingkan kepentingan rakyat.